BENGKEL PEMBUDAYAAN VLE DALAM PDPC FASA 2 2017


26 Julai 2017 - Seramai 18 orang peserta di kalangan Guru Bahasa Melayu sekolah ahli PKG Pulau Serai telah terlibat dalam bengkel ini. Perkongsian VLE telah disampaikan oleh Pn. Rohani binti Deraman, Guru Advokasi SK Kampung Baru Kuala Abang, Dungun. Para peserta telah mendapat pendedahan untuk membina laman (site) yang mudah dengan menggunakan widget Text, Media dan Wall. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana untuk "share" laman pembelajaran yang telah dibina kepada para pelajar di sekolah. Diharapkan sesi bengkel ini, peserta dalam mengaplikasikan ilmu vle dalam pdpc abad 21 sekaligus meningkatkan pencapaian vle sekolah masing-masing. 

MESYUARAT KLUSTER PSS & BENGKEL PENDEDAHAN SSQS VERSI 3.0 2017


24 Julai 2017 - PKG Pulau Serai telah mengadakan Mesyuarat Kluster PSS Bil 2 & Bengkel Pendedakan SSQS Versi 3.0 2017. Dalam mesyuarat yang telah dijalankan, pihak PKG banyak berkongsi dapatan /rumusan IKBB dan pemantauan PKG ke sekolah. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh GPM dalam memperkasakan kecemerlangan PSS seiring peranan PSS dalam menyokong pembelajaran abad 21. PKG turut berkongsi dapatan daripada taklimat Instrumen APPSSNT 2017 dalam memberi sokongan kepada 3 buah sekolah yang akan mewakili Derah Dungun dalam APPSSNT 2017. Sekalung tahniah diucapkan kepada SK Ladang Gajah Mati (Kategori SKM), SK Batu 48 (Kategori SK) dan SMK Ketengah Jaya (Kategori SMK). APSSNT 2017 menggunakan instrumen versi Februari 2017. Semoga sekolah yang mewakili Dungun mampu bersaing dan mendapat tempat di Peringkat Negeri.

Selepas rehat, bengkel pendedahan SSQS bagi GPM diadakan. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan bagi setiap inkator soalan yang terdapat di dalam instrumen GPM dan memastikan setiap GPM memahami kehendak dan perspektif soalan bagi menentukan bintang yang baik bagi penarafan PSS Tahun 2017.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PKG DAERAH DUNGUN & MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN STAF YANG BERTUKAR


16 Julai 2017 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PKG Daerah Dungun pada tahun ini telah berlangsung di PKG Seri Dungun. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu daripada PPD Dungun, Pengetua / Guru Besar, Mantan-mantan pegawai PKG, Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT, Guru Perpustakaan dan Media, Juruteknik, EIO Sekolah ahli PKG Daerah Dungun yang terdiri daripada PKG Pulau Serai, PKG Seri Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Pelbagai juadah raya telah disediakan sempena sambutan kali ini. Majlis turut meraikan pegawai dan staf yang telah bertukar iaitu En. Sofian bin Mustaffa (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Suhana binti Mohamad @ Mohd Azam (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Faziani binti Othman (Bertukar ke PKG Marang), Pn. Noor Zurina binti Zulkifli (Bertukar ke SK Bukit Mentok, Kemaman) dan Pn. Siti Nur Saadah (Bertukar ke SK SMA Sultan Ismail, Dungun). Diharapkan majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan di kalangan warga PKG Daerah Dungun dan rangkaiannya. 

BENGKEL PEMBUDAYAAN PENGGUNAAN VLE DALAM PDPC FASA 1 TAHUN 2017


12 Julai 2017 - Seramai 12 orang peserta di kalangan Guru Pendidikan Islam terlibat dalam bengkel ini dengan kerjasama PKG Pulau Serai dan Guru Advokasi. Guru-guru didedahkan dengan pembinaan laman (site) yang mudah dengan menggunakan widget Text, Media & Wall di seperti yang terdapat di dalam Modul Pie. Semoga bengkel ini memberi impak yang positif kepada para peserta dalam meningkatkan penggunaan pelantar vle dalam pdpc.