Kem Kembara Nilam Negeri Terengganu 2012


Pada 19-21 Mac 2012 ynag lalu, seramai 25 orang peserta yang terdiri drp 25 org pelajar telah dipilih untuk pemilihan tokoh nilam negeri bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Berikut adalah keputusan Rasmi Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat negeri Terengganu 2012 :-
Kategori SM : Anis Raihan Binti Asmadi (SMA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu)
Kategori SR : Nur Syazwina Binti Mohd. Sukri (SK Tapah, Hulu Terengganu)

Kem Kembara NILAM 2012



Kem ini melibatkan seramai 25 pelajar yang akan dihakimi oleh 18 orang panel hakim yang telah dilantik di peringkat negeri. Seramai 25 orang guru pengiring juga turut terlibat dalam pemilihan kali ini.

Bengkel Pemantapan Tokoh Nilam Daerah Dungun 2011





Pada 14-15 Mac 2012 yang lalu, PKG Daerah Dungun telah mengadakan 'Bengkel Pemantapan Tokoh Nilam Daerah Dungun 2012' yang berlangsung di PKG Seri Dungun, Dungun.

Pelajar yang terdiri dari kategori SM (Bandar), SM (Luar Bandar), SK (Bandar) dan SK (Luar Bandar) telah diberikan pendedahan format terkini pertandingan tokoh nilam peringkat negeri yang bakal diadakan pada 19-21 Mac 2012 nanti.

Penutupan Bengkel Pemantapan Tokoh Nilam Daerah Dungun 2012 ini telah rasmikan oleh En. Idrin Bin Bidin Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.

Selamat Maju Jaya, kepada wakil pelajar dari Daerah Dungun.

Pemilihan Tokoh Nilam daerah Dungun 2012

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Ianya merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan) melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti) dan merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

Pusat Kegiatan Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan sesi pemilihan tokoh Nilam peringkat Daerah Dungun 2012 yang berlangsung pada 05 Mac 2012 bertempat di PKG Pulau Serai , d/a : SK Kompleks Rantau Abang.

Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid SR dan pelajar-pelajar SM dari seluruh daerah Dungun telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan bersama-sama menjayakan sesi pemilihan ini. Pelajar yang terpilih akan dimaklumat secara bersurat dari pihak PKG.